Langkau ke kandungan
Pengurusan Pusaka

Kos Pengurusan Jenazah

Kira belanja pengurusan jenazah yang boleh ditolak daripada harta peninggalan si mati — tolakan pertama sebelum hutang, wasiat dan faraid.

Kos yang boleh ditolak daripada pusaka

Isi yang berkenaan sahaja. Anggaran harga adalah panduan pasaran; kadar sebenar berbeza ikut kawasan dan kariah.

Set lengkap: kain, kapas, kapur barus, cendana, air mawar, minyak wangi tanpa alkohol.

Termasuk bahan mandian jika dicaj berasingan.

Dari hospital ke rumah / tanah perkuburan; jarak jauh atau antara negeri lebih tinggi.

Kadar kawasan bandar lebih tinggi.

Percuma atau nominal di tanah kariah; plot bandar & perkuburan swasta jauh lebih tinggi.

Jika guna khidmat pakej — jangan kira dua kali dengan item di atas.

Kos yang sudah ditanggung khairat, derma orang ramai atau manfaat takaful tidak lagi ditolak daripada pusaka.

Jumlah kos pengurusan jenazah RM 0.00
Boleh ditolak daripada harta pusaka Tolakan pertama, sebelum hutang, wasiat dan faraid
RM 0.00

Kos yang TIDAK boleh diambil daripada pusaka

Perbelanjaan berikut bukan tanggungan harta pusaka. Ia hanya boleh dibiayai daripada bahagian waris yang bersetuju — dengan syarat SEMUA waris dewasa dan sempurna akal; tidak boleh jika ada waris bawah umur atau hilang keupayaan.

  • Saguhati / upah solat jenazah
  • Upah membaca Al-Quran, tahlil & doa untuk si mati
  • Kenduri arwah & jamuan tetamu (hari ke-3, 7, 40, 100)
  • Saguhati imam bacaan talkin
  • Batu nisan, kepok & binaan atau hiasan atas kubur
  • Sewa khemah, kerusi & kelengkapan untuk tetamu takziah
  • Perbelanjaan perjalanan & penginapan waris
  • Sedekah bagi pihak si mati (kecuali melalui wasiat, terhad 1/3)

Nota penting

  • Tertib penggunaan harta peninggalan: (1) belanja pengurusan jenazah, (2) hutang si mati, (3) wasiat setakat 1/3, (4) faraid kepada waris.
  • Belanja jenazah hendaklah sederhana dan berpatutan mengikut taraf hidup si mati semasa hayatnya — tidak membazir dan tanpa berhutang.
  • Jika seluruh kos ditanggung khairat kematian atau derma, tiada tolakan dibuat daripada pusaka.
  • Untuk rujukan sahaja. Bagi kes khusus, rujuk pejabat mufti / pentadbir pusaka.
Lapor kesilapan
Beritahu kami jika anda nampak silap kiraan, ejaan atau maklumat yang tidak tepat. Ia sangat membantu kami memperbaik eFaraid.
Apakah kesilapan yang anda nampak?
Nama (pilihan)
E-mel (pilihan)