Langkau ke kandungan
Tentang Kami

Memudahkan urusan faraid untuk semua

eFaraid ialah platform pengiraan dan pendidikan pembahagian pusaka Islam yang dibangunkan oleh Nurha Consultancy — supaya ilmu faraid lebih mudah dicapai, difahami dan diamalkan.

Misi Kami

Kenapa eFaraid dibina?

Ramai keluarga Muslim menangguhkan pembahagian pusaka kerana pengiraan faraid dianggap rumit dan sukar dicapai. eFaraid dibina untuk merapatkan jurang itu: pengiraan yang tepat mengikut hukum faraid Mazhab Syafi'i, dipersembahkan secara telus dan mudah difahami.

Daripada satu kalkulator, eFaraid kini berkembang menjadi platform pusaka lengkap — kelas bersama guru, artikel ilmiah, senarai semak pentadbiran pusaka, kuiz bersijil, Tanya AI, konsultasi pakar serta panel khas untuk perunding dan peguam. Terkini: Sampul persediaan pusaka (rekod aset, hutang & pesanan yang dibuka kepada waris selepas kematian disahkan) dan Pelan Agihan Aset yang menterjemah pecahan faraid kepada pelan pelaksanaan sebenar.

Pengiraan tepat

Enjin diuji terhadap ratusan kes rujukan, termasuk kes rumit seperti 'aul, radd, munasakhat dan takharuj.

Pendidikan

Kelas live, kelas video, artikel dan FAQ untuk membina kefahaman, bukan sekadar jawapan.

Khidmat pakar

Konsultasi bersama perunding pewarisan bertauliah untuk kes sebenar keluarga anda.

Amanah

Perkongsian ini adalah untuk tujuan rujukan dan pendidikan umum sahaja. Sekiranya berlaku sebarang pertikaian atau kekeliruan, sila rujuk kepada Mahkamah Syariah sebagai pihak yang berbidang kuasa dalam pembahagian pusaka bagi orang Islam.

Di Sebalik eFaraid

Nurha Consultancy

Bukan Sekadar Nasihat

Nurha Consultancy (CT0111871-H) ialah perniagaan berdaftar yang menyediakan perkhidmatan pendidikan, konsultasi dan penyelesaian berkaitan pewarisan harta Islam — faraid, wasiat, hibah dan amanah — secara profesional dan beretika.

Melalui rangkaian syarikat amanah, kami turut membantu masyarakat dalam pengurusan pusaka di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil, serta penyediaan dokumentasi hibah, wasiat dan harta sepencarian.

Lawati laman rasmi Nurha Consultancy
Pengasas

Muhammad Nur Hafidz bin Abd Nasir

Dikenali sebagai Abu Nuha Nuwairah

Pendidik pengajian Islam dan graduan undang-undang Islam yang berkhidmat membantu masyarakat memahami serta menyelesaikan urusan pewarisan harta menurut syarak — daripada pengiraan faraid sehinggalah perancangan hibah, wasiat dan amanah.

Pendidikan

  • Calon Sarjana Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia (USM) — penyelidikan hibah bersyarat dalam perancangan pusaka Islam.
  • Sarjana Muda Undang-Undang Islam (Syariah), Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh — Mumtaz (Cemerlang).
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) — Mumtaz, Kolej Yayasan Islam Kelantan.

Pengalaman

  • Perunding Pewarisan, Wasiyyah Shoppe Berhad (sejak 2022) — mendidik individu dan keluarga tentang faraid, hibah, wasiat dan amanah.
  • Tenaga Pengajar Fiqh, Tafsir & Aqidah di Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian.
  • Pengasas Nurha Consultancy — khidmat nasihat pewarisan, pendidikan komuniti dan dakwah digital.

Penulisan Ilmiah

  • Penulis artikel ilmiah dalam jurnal antarabangsa berkaitan hibah al-ruqba dan isu pemilikan aset penama dari perspektif sivil & syariah di Malaysia.

Ada persoalan tentang pusaka keluarga anda?

Mulakan dengan kalkulator percuma kami atau tempah sesi konsultasi bersama perunding untuk panduan yang lebih peribadi.

Penafian: Perkongsian ini adalah untuk tujuan rujukan dan pendidikan umum sahaja. Sekiranya berlaku sebarang pertikaian atau kekeliruan, sila rujuk kepada Mahkamah Syariah sebagai pihak yang berbidang kuasa dalam pembahagian pusaka bagi orang Islam.