Langkau ke kandungan

Takziah atas kehilangan anda

Ambil masa yang anda perlukan. Bila keluarga sudah bersedia, empat langkah di bawah membantu anda mengurus harta arwah dengan teratur — satu langkah pada satu masa. Semuanya percuma dan boleh dibuat tanpa mendaftar.

Fasa 1 · Minggu Pertama Selepas Kematian

Urusan asas

  • Dapatkan pengesahan kematian daripada hospital atau pengamal perubatan.
  • Daftarkan kematian di JPN dan dapatkan sijil kematian.Dokumen paling asas; hampir semua urusan berikutnya memerlukannya. Buat beberapa salinan disahkan.
  • Selesaikan urusan pengebumian dan simpan semua resit perbelanjaan jenazah.Perbelanjaan ini didahulukan daripada harta pusaka.
  • Maklumkan majikan si mati (gaji terakhir, faedah pekerjaan, GCR bagi penjawat awam).

Daripada Senarai Semak Pengurusan Pusaka. Tanda kemajuan disimpan dalam pelayar ini.

Empat langkah

Apa yang perlu dibuat, mengikut urutan

Anda tidak perlu menghabiskan semuanya sekali gus. Mulakan dengan langkah pertama.

  1. Bila-bila masa

    Kira bahagian setiap waris Percuma

    Ketahui siapa waris dan berapa bahagian setiap seorang. Mod berpandu bertanya satu soalan pada satu masa; nilai harta boleh diisi kemudian. Jika ada waris yang meninggal selepas arwah, kira juga munasakhat (2 lapis, percuma).

  2. Dari minggu pertama hingga selesai

    Ikut senarai semak 7 fasa Percuma

    Panduan tujuh fasa untuk waris menguruskan harta pusaka dengan teratur. Tanda setiap langkah yang selesai — kemajuan disimpan dalam pelayar, tanpa log masuk.

    1. 1Minggu Pertama Selepas Kematian
    2. 2Inventori Aset & Liabiliti (Bulan Pertama)
    3. 3Waris & Sijil Faraid
    4. 4Pilih Saluran & Mohon Kuasa Mentadbir
    5. 5Bicara & Perintah Pembahagian
    6. 6Pelaksanaan & Agihan
    7. 7Penutup & Ibrah
  3. Sebelum harta dibahagikan

    Kira kos sebelum faraid Percuma

    Tertib penggunaan harta peninggalan: (1) belanja pengurusan jenazah, (2) hutang si mati, (3) wasiat setakat 1/3, (4) faraid kepada waris. Baki selepas kos dan hutang dibawa terus ke kalkulator faraid.

  4. Bila anda perlukannya

    Dapatkan bantuan — atau urus sendiri

    Kebanyakan keluarga boleh bermula sendiri. Jika kes anda rumit, atau anda mahu ditemani sepanjang proses, ada dua pilihan.

    Pakar semak kiraan anda

    Konsultasi bersama perunding pewarisan.

    Sesi Konsultasi RM180

    Lihat konsultasi
    Urus Pusaka DIY

    Untuk waris yang mahu mengurus sendiri tuntutan pusaka dengan panduan langkah demi langkah.

    uruspusaka.com · laman rangkaian Nurha

    Ke Urus Pusaka DIY

Penting pada minggu pertama

Perkara yang JANGAN dibuat

  • Jangan keluarkan wang dari akaun si mati walaupun tahu PIN. Akaun akan atau patut dibekukan; pengeluaran tanpa kuasa boleh menjadi isu undang-undang dan amanah.
  • Jangan agih, jual atau bahagi ikut faham sendiri apa-apa harta.
  • Jangan buang dokumen, bil atau surat si mati. Ia petunjuk aset dan hutang.

Daripada Senarai Semak Pengurusan Pusaka, Fasa 1.

Ada soalan tentang keluarga anda?

Baca soal jawab lazim atau hubungi kami melalui WhatsApp di 010-8391213. Tiada kewajipan untuk membeli apa-apa.